Perkembangan

Foto terkini Komet 67P

Melayari berita dari Rosetta hari ini telah menyaksikan beberapa buah siri foto terbaru Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang sungguh-sungguh menakjubkan.

Bob King dari Universe Today melaporkan, imej-imej yang dirakam pada 25 hingga 27 Feb 2015lepas telah menunjukkan ‘pancuran’ atau ‘hamburan’ gas dan debu dari permukaan komet ini, semakin aktif dari hari ke hari.
Jika sebelum ini, kita memang pernah belajar bahawa semburan gas dan debu inilah yang mewujudkan ‘kepala komet’ yang digelar sebagai koma. Namun, belum pernah kita menyaksikannya keluar secara terus dari permukaan sebuah komet. Dari Bumi, kita hanya mampu melihat koma ini dalam bentuk ‘awan besar’ yang mengelilingi nukleus komet… itu saja!
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Foto atas: Kelihatan bahan-bahan yang keluar daripada permukaan komet 67P seolah-olah berpusar-pusar. Antara faktor-faktor yang memungkinkan ia kelihatan demikian ialah pusingan di atas paksi komet tersebut, jisim yang berlainan dalam bahan-bahan yang dihamburkan, serta kesan tarikan graviti yang berlainan disebabkan bentuk komet yang tidak  sekata.
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Foto atas: Lagi pandangan foto yang menarik menunjukan pancuran gas dan debu dari kawasan ‘leher’ komet 67P
Foto-foto yang dirakam ini membantu sebuah lagi alat yang dipanggil Alice ultraviolet (UV) imaging spectrograph, yang digunakan untuk mengenalpasti komposisi bahan-bahan di dalam koma dan nukleus. Menerusi data yang diperolehi, saintis yang mengendalikan Alice mendapati komet ini amat gelap dalam cahaya UV, dan permukaannya tidak mempunyai tompokan air-ais yang besar. Namun peliknya, air dikesan dengan banyaknya dalam bentuk wap yang terbebas dari permukaan komet ini apabila ia menerima haba daripada matahari.
Jumlah wap air yang hilang dari 67P, adalah dalam kadar 1 hingga 5 liter sesaat.
Copyright ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Copyright ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Foto Atas: Sebuah foto single frame yang dirakam dari jarak 82.9km dari Komet 67P pada 6 Mac 2015.
Menjelang komet ini berada pada kedudukan perihelion pada 13 Ogos 2015 nanti, adalah dijangkakan jumlah wap air dan debu akan bertambah berkali-kali ganda. Saya rasa ketika itu kita akan berpeluang menyaksikan transformasi yang cukup menarik berlaku dipersekitaran komet 67P.

SUMBER : http://falakonline.net/semesta/

Gerhana Bulan Penuh – 4 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 4 April 2015.

Namun, sekali lagi bagi kita di Semenanjung Malaysia, akan terlepas fasa-fasa awal gerhana tersebut. Bagi anda di timur Sabah, lebih bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.
Rajah di bawah dihasilkan daripada kiraan perisian Lunar Eclipse Meastro . Didapati sebahagian besar Asia dan benua Amerika akan dapat menyaksikan gerhana kali ini.

screen 2014-12-17 at 10.51.18 AM
Negara-negara yang akan dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 4 April 2015. Sumber
Di bawah merupakan waktu kiraan 3 buah bandar utama yang merentasi Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Mana-mana bandar di antaranya, ambillah waktu yang terdekat.
WAKTUnya telah disesuaikan dengan zon waktu Malaysia (waktu tempatan).
FASA GERHANAWAKTUKUALA LUMPURKUCHINGSANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra5:01 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 6:15 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula7:57 pmBOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit) BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh8:00 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat8:02 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHATBOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra9:44 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra10:58pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
Berdasarkan info di atas, gerhana bulan kali ini AMAT PENDEK, kerana ia berada dalam fasa GERHANA PENUH selama 5 MINIT sahaja!
Oleh itu, gunalah peluang yang ada, dan buat perancangan sebaiknya untuk memastikan kita tak terlepas merakam saat-saat ia berada fasa gerhana penuh itu.
screen_2014-12-17_at_11_43_01_AM
Simulasi SkySafari Pro 4
Rajah di atas menunjukkan saat-saat fasa gerhana penuh. Kita akan dapat menyaksikan di bahagian sisi kiri bulan (sebelah utara) akan kelihatan lebih cerah sedikit berbanding bahagian kanan.
Anda juga boleh lakukan simulasi sendiri menggunakan pelbagai perisian simulasi astronomi yang ada, samada versi komputer, web atau mobile.
Wallahu a’lam

SUMBER : http://falakonline.net/semesta/

No comments:

Post a Comment